Hujan lebat menyebabkan banjir di lima wilayah di selatan Thailand. Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, 208 kampung dan lebih 3,000 isi rumah di Ranong, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat dan Songkhla terjejas selepas hujan lebat sejak Rabu. Wilayah Chumphon paling teruk terjejas dengan dua maut akibat banjir.

Banjir turut menyebabkan Lebuh Raya 41 menghubungkan Selatan Thailand dengan Bangkok terpaksa ditutup. Perkhidmatan kereta api di selatan antara Stesen Sawi di Chumphon dan Khao Suan Thurian juga dibatalkan akibat banjir kilat. Orang ramai terutama penduduk di pesisir Teluk berhati-hati dengan kemungkinan ombak besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini