Hujan lebat berterusan yang melanda Perlis sejak petang semalam menyebabkan berlakunya limpahan air bukit dikawasan pusat rekreasi Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis.

Berikutan kejadian yang berlaku, pusat rekreasi berkenaan ditutup serta merta bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni, penutupan dibuat berikutan keadaan yang amat berbahaya kepada semua pengunjung yang berkunjung ke pusat rekreasi Gua Kelam. 

Semua pengunjung diharap dapat mematuhi arahan dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Hanya pusat pameran, penerokaan realiti maya dan bilik cermin bagi pemerhatian panorama Banjaran Nakawan yang dibuka untuk pengunjung.

Selain Gua Kelam, pengunjung yang berkunjung ke mana-mana kawasan perkelahan yang terdapat di negeri ini diingatkan tidak turun mandi dan segera meninggalkan kawasan berkenaan sekiranya hujan lebat kerana bimbang berlaku limpahan air atau kepala air.

Jabatan Perhutanan Negeri akan terus memantau semua pusat rekreasi disebabkan hujan lebat masih berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini