Peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak meningkat kepada 82.86 peratus pada suku keempat 2021 berbanding 73.67 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku kedua 2020.

Sejak 31 Januari 2022, 83 tapak menara baharu dan 2,576 stesen pemancar telah dinaik taraf di negeri berkenaan.

Jelas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, liputan jalur lebar 4G di Parlimen Baram, Betong, Hulu Rajang dan Serian juga bertambah baik selepas pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1.

Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Sehingga kini, terdapat tiga lokasi WiFi Komuniti di rumah panjang iaitu Kg Uma Daro dan Kg Baloi Ukap manakala satu lokasi lagi di Kg Sungai Asap. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji keperluan untuk meneruskan projek WiFi Komuniti atau menyediakan jalur lebar teknologi lain pada masa hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini