Nama artis K-pop, Lisa Blackpink, terus mekar dalam industri hiburan antarabangsa.

Terbaru, beliau mencipta rekod sekali lagi dalam ‘UK Official Chart’ selepas lagu terbaharunya, “MONEY” berada dalam carta tersebut selamat empat minggu berturut-turut.

Menariknya, Lisa merupakan satu-satunya artis solo wanita K-pop yang berjaya berada di UK ‘Official Chart’ selama empat minggu berturut-turut.

Kejayaan tersebut merupakan yang pertama sejak lapan tahun lepas.

Pada waktu itu, lagu “Gentleman” daripada Psy berada dalam carta berkenaan selama empat minggu berturut-turut.

Kedua-dua mereka merupakan artist di bawah naungan syarikat yang sama iaitu YG Entertainment, sebelum Psy meninggalkan syarikat itu pada 2018.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini