Parlimen Lithuania semalam mengisytiharkan darurat di wilayah sempadannya dengan Belarus, pertama kali sejak negara itu mencapai kemerdekaan.

Perintah darurat yang dijangka berkuat kuasa hari ini adalah sebagai tindak balas kepada ratusan pendatang yang cuba memasuki Poland dari Belarus hingga mencetuskan pertikaian dengan pasukan keselamatan Poland.

Darurat itu akan dikuat kuasa di seluruh sempadan dengan Belarus dan lima kilometer ke pedalaman, serta di kemudahan penginapan migran di Kybartai, Medininkai, Pabrade, Rukla dan Vilnius.

Perdana Menteri, Ingrida Simonyte berkata perintah darurat itu akan dikenakan selama sebulan dan mungkin dilanjutkan jika keadaan memerlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini