Liverpool bakal bertandang ke Stamford Bridge tengah malam ini tanpa kelibat pengendalinya, Jurgen Klopp.

Ia susulan pengurus warga Jerman berkenaan disyaki positif Covid-19.

Klopp yang menjalani ujian disahkan mengalami gejala ringan virus berkenaan dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

Tugasnya untuk mengendalikan skuad The Reds bagi pertemuan itu akan digalas penolongnya, Pepijn Lijnders.

Selain itu, tiga petugas pasukan tersebut turut didapati positif Covid-19, namun Liverpool dijangka tidak akan meminta penangguhan perlawanan.

Jika keputusan ujian mengesahkan Klopp positif Covid-19, dia turut akan terlepas aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Arsenal minggu depan.

Ketika ini, Liverpool menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, 1 mata di belakang Chelsea.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini