Liga Perdana Inggeris. Liverpool berpesta gol di Anfield selepas membelasah Leeds United 6-0 awal pagi tadi. Kemenangan itu semakin merapatkan jurang dengan pendahulu, Manchester City dalam perebutan gelaran juara musim ini.

Mohamed Salah dan Sadio Mane masing-masing meledak dua gol dalam pertemuan tersbut.

Dua pemain pertahanan The Reds, Joel Matip dan Virgil van Dijk (Daik) turu mencetak nama selaku penjaring, sekaligus mencatat sembilan kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan yang disertai.

Leeds yang menghuni tangga ke-15 pula kini semakin menghampiri zon penyingkiran dengan hanya perbezaan 3 mata mengatasi Burnley di tangga ke-18.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini