Saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Juara musim 2018/2019, Liverpool layak ke pusingan 16 terakhir selepas menewaskan Atletico Madrid 2-0.

Berbaki dua lagi perlawanan, The Reds sudah pun selesa di tangga teratas kumpulan B dengan 12 mata.

Dua gol The Reds hadir pada minit ke-13 menerusi Diogo Jota dan Sadio Mane lapan minit kemudian.

Skuad Diego Simeone turut ditimpa malang  apabila pertahanan kanannya, Felipe dibuang padang pada minit ke-36 kerana mengasari Mane.

Skuad Reds kini tidak tewas dalam 25 perlawanan dalam semua kejohanan bermula penghujung musim lalu selain menyamai rekod kelab.

Bagi Atletico pula, peluang masih belum tertutup, namun laluan amat sukar buat mereka apabila bakal berdepan Porto dan AC Milan selepas selepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini