Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah beri jaminan bekalan ikan semasa musim Monsun Timur Laut mencukupi. Ia kini mempunyai simpanan 10 metrik tan ikan sejuk beku atau Q-Fish bagi menampung permintaan negeri semasa musim tengkujuh.

Pengarah LKIM Kedah, Dr. Abdul Salim Tajudin berkata penjualan ikan Q’Fish adalah alternatif kepada orang ramai yang berdepan kekurangan bekalan hasil laut semasa peralihan monsun ketika ini. Jelasnya lagi, LKIM menjual ikan-ikan seperti tongkol, kembong, dan selayang, 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini