Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menyumbangkan sebanyak 700 kotak makanan kepada golongan nelayan di seluruh negara setakat 30 Oktober.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 , Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, keseluruhan sumbangan bernilai RM35,000.

Menurut beliau, Program MAFI Prihatin menerusi sumbangan LKIM itu sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat bersama persatuan bagi meringankan bebanan nelayan terjejas akibat COVID-19.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Road To 50 Tahun LKIM Peringkat Negeri Melaka di Sungai Duyong.

Turut hadir, Ketua Pengarah LKIM, Yusoff Othman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini