Perak FC menafikan logo baharu pasukan itu bersifat ‘tangkap muat’ sebaliknya telah diperhalusi dan dipersetujui oleh pihak pengurusan kelab.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yunus Zakariah.

Menurut beliau, penghasilan logo itu telah dibincangkan di peringkat pengurusan sejak awal bulan ini selain transformasi yang dilakukan adalah sejajar dengan penjenamaan semula skuad The Bos Gaurus.

Dalam pada itu, Beliau berkata pihaknya berlapang dada dan menerima segala kritikan dilontarkan terhadap logo berkenaan dengan hati terbuka.

Terdahulu pada Sabtu lepas, Perak FC telah memperkenalkan logo baharu menjelang saingan Liga Premier musim ini menerusi laman media sosial milik kelab berkenaan.

Menerusi satu klip video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di akaun Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube kelab tersebut, beberapa logo Perak FC sebelum ini turut ditampilkan dari 1921 hingga 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini