Logo baharu kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 bagi menggantikan versi terdahulu yang menerima kecaman orang ramai sudah dimuktamadkan dan dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Selasa lalu. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata logo baharu TMM 2020 itu juga akan dilancarkan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung di Muzium Diraja, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini. Sebelum ini, logo TMM 2020 dilancarkan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendapat kecaman hebat daripada orang ramai kerana dikatakan terlalu ringkas dan tidak cantik.Rata-rata turut menyifat logo tersebut sebagai tidak berkualiti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini