Loji Janakuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Biojisim akan dibina di tanah perindustrian Telok Kalong, Kemaman, Terengganu.

Kewujudannya mampu menghasilkan kapasiti eksport tenaga elektrik 10 Megawatt kepada Tenaga Nasional Berhad, TNB.

Pengarah Eksekutif BTM Resources Berhad, Woo Thin Choy berkata 150-juta ringgit dilaburkan untuk tanah perindustrian seluas 8 hektar itu.

Pajakan tanah dilaksana dengan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu bagi tempoh 30 tahun.

Pembinaanya dijangka bermula Januari 2023 dengan menawarkan 400 peluang pekerjaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini