Lokasi pemulangan peranti pengesanan digital untuk individu bawah perintah kuarantin dirumah, akan ditambah.

Ia bagi memudahkan mereka mendapatkan khidmat menanggalkan peranti itu dengan lebih pantas dan efisien, sebaik tempoh kuarantin berakhir.

Kenyataan QuickMed memaklumkan pertambahan lokasi baharu itu dilaksana dengan kerjasama U.n.i Klinik.

Ia beroperasi setiap hari, mulai esok dari 9 pagi hingga 5 petang. Untuk senarai lengkap semua lokasi Pusat Penanggalan Peranti digital, layari laman web tertera.

QuickMed dilantik memasang Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) kepada pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi dan kes positif yang dinilai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini