Lokasi tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang berlaku Khamis lepas masih menunjukkan tanda-tanda pergerakan tanah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata laluan itu masih ditutup bagi membolehkan Cawangan Cerun daripada Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan kajian dan tindakan lanjut.

Beliau mengharapkan JKR sentiasa memantau keadaan di lokasi termasuk menggunakan alat yang boleh mengesan pergerakan tanah.

Insiden tanah runtuh Khamis lepas menyebabkan pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31 tahun, dan pemandu MPV dikenali sebagai Tan Chee Heng, 36 tahun, maut akibat tertimbus sebelum mayat mereka berjaya dikeluarkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat pada malam hari kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini