India melaporkan hampir 160,000 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan lebih 300 kematian.

Secara keseluruhannya, kes positif di negara itu meningkat kepada 35.52 juta dengan lebih 483,000 orang meninggal dunia.

Varian Omicron yang menular dengan pantas memaksa beberapa Kerajaan Negeri mengenakan sekatan pergerakan yang baharu. Maharashtra mengumumkan sekolah dan kolej ditutup mulai hari ini hingga 15 Februari depan.

Turut ditutup, kolam renang dan pusat gimnasium. Di Negeri Gujerat, pihak berkuasa melanjutkan perintah berkurung pada waktu malam dan membatalkan cuti untuk semua petugas kesihatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini