Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membelanjakan RM450,000 bagi membantu membaikpulih 27 unit rumah keluarga B40 yang terjejas sepanjang tahun lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia termasuk rumah rosak akibat banjir serta terbakar.

Daripada jumlah itu, 5 unit rumah yang dibaik pulih adalah rumah baharu dibina manakala bakinya merupakan rumah usang. Tahun ini, LPM merancang membina 60 unit rumah di bawah Program Melaka Rumahku bernilai RM3 juta.
 
Tapisan akan dilakukan bagi memastikan keutamaan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan iaitu golongan miskin dan asnaf. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah Program Melaka Rumahku di Durian Tunggal, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini