Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sentiasa bersedia membantu Kementerian Kesihatan mempercepatkan proses vaksinasi khususnya di kalangan pelajar, sekiranya perlu.

Pengerusinya Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata pihaknya memiliki kemudahan lengkap untuk membantu mencapai sasaran kelompok yang perlu divaksinasi.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program Belanja Outreach Vaksin Covid-19 di MRSM Parit.
 
Ketika ini LPPKN giat menjalankan program Outreach di seluruh negara dengan lebih 25 ribu individu telah divaksin menerusi inisiatif berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini