Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya Ipoh, antara rangka pembangunan kerajaan negeri Perak dalam menyediakan hab pengangkutan yang lebih moden, selain mengatasi masalah kesesakan pada masa akan datang.

EXCO negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, ia antara lain bagi mengembangkan lagi kebolehcapaian dan kemudahan kepada penduduk tempatan termasuk pelancong asing. Sebagai permulaan katanya hab pengangkutan berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 60 hektar di sekitar Stesen Keretapi Ipoh.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini