Fasiliti Leachate Treatment Plant (LTP) atau rawatan larut resap di pusat pemindahan sisa pepejal Taman Beringin menjadi penyumbang kepada kelestarian ‘River Of Life’ di Kuala Lumpur.

Ini kerana, fasiliti kendalian Alam Flora itu menyalurkan 120 meter padu bekalan air bersih yang dilepaskan ke Sungai Jinjang dan seterusnya mengalir ke Sungai Gombak.

Justeru, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berharap syarikat itu terus komited demi memastikan kebersihan sungai di Kuala Lumpur sentiasa berada pada tahap optimum.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini