Itali mahu melupakan episod hitam gagal layak ke Piala Dunia 2018 apabila meletakkan sasaran untuk kembali pada edisi 2022. Menurut Jurulatihnya, Roberto Mancini, aksi kelayakan kumpulan berdepan Switzerland pada awal pagi sabtu perlu dimanfaatkan sepenuhnya andai ingin layak secara automatik ke Qatar.

Ketika ini Itali diekori rapat Switzerland, berkongsi 14 mata, cuma dipisahkan menerusi jumlah jaringan. Dua pasukan tersebut kini bersaing hebat merebut satu tempat ke Piala Dunia 2022.

Ia juga bakal menjadi tugas getir buat Mancini yang mengambil alih skuad ‘Azzuri’ daripada jurulatih Gian Piero Ventura selepas beliau gagal membawa Itali ke Piala Dunia buat kali pertama sejak tahun 1958. Pada aksi playoff Piala Dunia 2018, Itali tewas kepada Sweden menerusi agregat 0-1.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini