Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa luruan monsun dijangka berterusan sehingga 4 Januari.

Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori pertama dan kedua dikeluarkan di perairan pantai timur semenanjung termasuk timur Johor, Sarawak dan Sabah sehingga Selasa depan.

Amaran hujan lebat berterusan (peringkat buruk dan waspada) telah dikemaskini bagi Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 3 Januari.

Manakala di Kelantan, Terengganu, barat Pahang dan utara Sabah sehingga 4 Januari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini