Seorang budak lelaki menahan azab selama 30 minit apabila lutut kirinya tersepit pada celah pokok di Sekolah Rendah Islam Hira’, Kampung Batu Belah di Klang, Selangor. Difahamkan, sebelum kejadian, murid tahun satu itu memanjat pokok berkenaan dan tergelincir sehinggakan kakinya ‘tersangkut’ pada celah pokok tersebut. Operasi menyelamat melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang. Mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia diserahkan kepada pengurusan sekolah untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini