Persatuan Automotif Malaysia; MAA memohon agar ahlinya memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad turut menggesa ahli persatuan itu agar mempercepat proses pembaikan dan meringankan beban pemilik kenderaan yang terjejas akibat banjir.

Jelasnya, pemilik kenderaan terlibat mengalami kerugian besar dan memerlukan bantuan untuk mengurangkan beban mereka.

Sementara itu, Perodua komited untuk memastikan kenderaan yang dihantar ke pusat servis dibaiki secepat mungkin.

Setakat hari ini, 1,987 kenderaan Perodua telah ditunda ke 200 pusat servis di seluruh negara untuk penilaian.

Daripada jumlah, itu 323 unit telah dibaikpulih.

Perodua turut menyediakan sebuah hab di Shah Alam untuk membaiki dan memulihkan kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini