Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi memohon maaf susulan kenyataannya berhubung sorakan pemain ke-12 skuad Harimau Malaya yang dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lepas.

Jelas beliau, penting kini adalah untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan tanpa berbelah bahagi. Datuk Seri Ahmad Faizal menegaskan sokongan pemain ke-12 kepada skuad Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 amat penting dan dihargai.

Semalam, kenyataan Datuk Ahmad Faizal tular di media sosial selepas beliau tampil membela penjaga gol Farizal Marlias susulan kesilapan dilakukannya hingga menyebabkan skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini