Presiden Perancis Emmanuel Macron hilang kuasa majoriti dalam Parlimen setelah perikatan sayap kiri yang baru ditubuhkan dan parti berhaluan kanan meraih kemenangan besar.

Pakatan Ensemble pimpinannya hanya menang 245 kerusi dalam pusingan kedua pilihan raya umum pada Ahad, menurut keputusan yang diumumkan awal pagi tadi.

Ini bermakna, ia gagal menguasai 289 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh majoriti dalam Dewan yang dibarisi 577 ahli itu.

Sekaligus bakal menjejaskan rancangan Macron untuk melaksanakan reformasi penggal kedua, antaranya meningkatkan umur persaraan dan mengukuhkan lagi integrasi Kesatuan Eropah .

Situasi Parlimen tergantung itu menimbulkan keadaan tidak menentu yang mungkin hanya dapat diselesaikan menerusi perkongsian kuasa dengan parti lain.

Perdana Menteri Elisabeth Borne berkata keputusan itu  merupakan satu risiko untuk negara,  sambil menambah bahawa mulai Isnin, parti  Macron perlu berusaha mencari pakatan baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini