Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yakin mampu menyumbang sehingga 40 peratus pengeluaran padi negara selepas hasil padi musim 2/2021 dijangka meningkat 30.6 peratus berbanding musim 2/2020.

Pengerusinya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ketika ini, 71 peratus tanaman padi di kawasan Muda telah masak dan 37 peratus telah dituai dengan purata hasil sekitar 5.30 tan perhektar.

Penuaian padi di Kawasan Muda dijangka akan mencapai 90 peratus pada pertengahan bulan Mac depan.
 
Sehubungan itu, pemantauan kemajuan aktiviti akan terus dijalankan oleh pihak MADA sehingga selesai Musim 2/2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini