Cadangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) untuk menimbang semula pemberian subsidi minyak kepada bot nelayan kelas C2 akan dibawa ke peringkat tertinggi.

Sebelum ini, subsidi minyak kepada bot nelayan kelas C2 dihentikan pada tahun 2019.

Hanya bot kelas A, B dan C masih menerima subsidi daripada kerajaan hingga kini.


Menteri Pertanian dan Industri Makanan,MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pihaknya sedia maklum mengenai permintaan kira-kira 500 pengusaha perikanan bot nelayan kelas C2 di seluruh negara supaya dikembalikan semula subsidi minyak kepada mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini