Susulan isu kenaikan harga bekalan baja dan racun.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan agar kerajaan menawarkan insentif tambahan kepada petani yang terjejas.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, cadangan tersebut masih di peringkat penelitian dan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kewangan.

Ujarnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah mengumumkan beberapa langkah intervensi.

Petani mengalami peningkatan kos input pertanian sebanyak 21 peratus bagi kategori sayur daun dan 17 peratus masing-masing bagi kategori sayur buah dan buah-buahan akibat peningkatan harga baja dan racun. 

Manakala pesawah padi mengalami peningkatan kos sebanyak 11.9 peratus disebabkan peningkatan harga racun. 

Datuk Seri Dr Ronald menjawab pertanyaan wakil Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini