Bagi membantu komuniti agromakanan yang berdepan ketidaktentuan punca pendapatan akibat bencana alam pula. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, dengan kerjasama Agrobank sedang mewujudkan Skim Perlindungan Takaful Agromakanan
 
Skim perlindungan berlandaskan prinsip syariah itu menawarkan pakej perlindungan dengan caruman tahunan pada kadar rendah dan berpatutan.

Pampasan sewajarnya turut disedia kepada petani, penternak dan peladang, termasuk dari golongan B40. 

Bagi memastikan kelancaran penawaran skim itu juga, Agrobank kini sedang menunggu keputusan lanjut daripada Bank Negara Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan untuk autoriti selanjutnya.
 
Skim Perlindungan Takaful Agromakanan dijangka dilancarkan suku pertama tahun depan, bermula dengan fasa pertama melibatkan pesawah padi.
 
Pada 2023, skim serupa akan diperluas kepada subsektor perikanan, tanaman, perladangan dan industri makanan lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini