Harga makanan terutamanya melibatkan sektor pertanian akan stabil dalam dua minggu lagi. Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, jaminan dibuat memandangkan ketika ini kerajaan sudahpun mengimport banyak barangan makanan dari negara luar bagi menampung permintaan domestik.

Beliau yang ditemui selepas Lawatan ke Projek Kelompok Tanaman Nanas Parit Ghani, Simpang Renggam, Kluang berkata, kenaikan harga barangan yang berlaku ketika ini bukan hanya di Malaysia sebaliknya melibatkan  seluruh dunia berikutan pandemik.         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini