Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan, setakat ini RM50 juta subsidi telah dibayar berbanding RM729.43 juta subsidi disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Februari lalu, selaras penetapan harga siling ayam standard RM8.90 sekilo.

Justeru, semua penternak yang memenuhi syarat diminta kemukakan permohonan supaya tuntutan dapat disalur dalam tempoh yang telah dijanjikan.

MAFI juga akan menghantar lebih ramai pegawainya ke peringkat negeri bagi mempercepatkan bayaran subsidi kepada penternak ayam dalam usaha meningkatkan pengeluaran domestik.

Dalam perkembangan sama, pihak industri ayam memberi jaminan ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan.

Komitmen itu dinyatakan 12 pemain industri dan persatuan penternak dalam sesi libat urus bersama MAFI.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini