Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, terus komited dalam memperkukuhkan lagi agenda sekuriti makanan negara.

Menteri, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyatakan, sektor agromakanan berdepan dengan pelbagai risiko serta cabaran di peringkat domestik mahupun global.

Ini termasuk cabaran produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian, perubahan iklim juga ancaman bencana alam, serangan penyakit dan perosak, tahap adaptasi teknologi serta mekanisasi yang rendah.

Perkembangan geopolitik seperti konflik Ukraine-Rusia yang masih berlarutan serta dasar-dasar perlindungan, protectionist policies, yang terpaksa dilaksanakan beberapa negara juga, pastinya memberi kesan berganda ke atas sistem bekalan makanan dunia termasuk di Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini