Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersedia untuk menambah baik dan mengolah semula Pelan Tindakan melibatkan komoditi makanan bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) bagi memastikan sekuriti makanan di dalam negara, terjamin.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata langkah itu melibatkan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 dan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) khususnya apabila negara pertama kali berhadapan keadaan pascapandemik yang mencabar.

Keperluan penambahbaikan itu juga susulan perkembangan terkini melibatkan konflik geopolitik Rusia-Ukraine dan kesan penutupan sempadan ketika pandemik.

Beliau turut memaklumkan kerajaan berjaya menangani kesan daripada gangguan rantaian bekalan, sekali gus mengelakkan negara daripada berhadapan dengan keadaan krisis yang melampau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini