Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan memastikan tiada aktiviti pengeksportan ayam bermula 1 Jun selaras dengan keputusan Jemaah Menteri 23 Mei lalu.

Penguatkuasaan akan dibuat melalui dua kawalan.

Kawalan pertama melibatkan kelulusan permit meliputi pengeksportan ayam hidup, karkas ayam bulat keratan daging ayam dan produk berasaskan ayam.

Semua kelulusan permit untuk membawa keluar komoditi tersebut mulai 1 Jun 2022 dibatalkan dan disekat.

Kedua, kawalan secara fizikal di semua pintu keluar dilaksanakan oleh pegawai penguatkuasa MAQIS dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan.

Sekiranya terdapat pelanggaran, tindakan akan diambil di bawah subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 (Akta 728).

Sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 6 tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak lebih 7 tahun atau kedua-duanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini