Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memperkasa sektor perikanan laut dalam bagi meningkatkan sumber bekalan makanan negara.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, bagi tujuan itu pihaknya sentiasa melakukan aktiviti turun padang bagi mendengar dan melihat pelbagai cadangan dan saranan yang dibuat pihak pemain industri.

Setakat ini negara tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan ikan laut dalam.

Beliau berkata demikian selepas melawat kilang ikan di Tok Bali, Pasir Puteh.

Mengulas lanjut, beliau berkata sektor perikanan khususnya melibatkan perikanan pesisir pantai dan laut dalam merupakan sektor yang berpotensi untuk dibangunkan secara meluas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini