Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, MAFI menyediakan pelbagai program bagi menarik minat golongan muda menyertai sektor pertanian. Ketua Setiausahanya, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata antara program termasuk kursus, latihan dan Dasar Agromakanan 2.0 bertujuan mentransformasikan sektor tersebut.

Menurut beliau, ia bagi mempersiapkan golongan ini dengan teknologi terkini apabila berkecimpung dalam sektor itu. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Agrofiesta di Cheras.

Karnival yang bermula dari 25 hingga 28 November 2021 menyasarkan hasil jualan sebanyak RM150,000. Sehingga semalam, ia berjaya mencapai RM80,000 secara keseluruhan jualan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini