13.2 tan metrik produk hasil haiwan bernilai RM134,000 disumbang Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)  kepada pelbagai agensi dan jabatan berkaitan tahun ini.

Sumbangan melibatkan bekalan makanan haiwan seperti keratan ayam sejuk beku, daging sejuk beku dan pelbagai produk hasilan haiwan lain. Timbalan Menterinya;  Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata.. agihan dibuat daripada rampasan yang telah dilucut hak.

Ia diharap mampu membantu agensi dan jabatan terlibat mengurangkan kos pengurusan serta perbelanjaan
makanan haiwan seliaan.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan
bekalan makanan haiwan menerusi program MAFI Prihatin kepada Jabatan Penjara di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini