Menteri Kewangan Sweden, Magdalena Andersson, 54 tahun, dipilih Perdana Menteri wanita pertama negara itu.

Ia bagi menggantikan Stefan Lofven, 63 tahun yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Pemilihan Magdalena diputuskan dalam kongres parti pemerintah, Parti Demokratik Sosialis yang diadakan di Gotheburg, bandar kedua terbesar di Sweden.

Pemilihan beliau juga disahkan Parlimen Sweden mengikut perlembagaan negara itu.

Ogos lalu, Stefan Lofven mengumumkan pengundurannya dari jawatan perdana menteri yang disandangnya sejak 2014 berikutan kehilangan undi percaya di Parlimen.

Walau bagaimanapun, negara itu mengelakkan pilihan raya tergesa-gesa sebaliknya memilih membentu kerajaan gabungan bagi meneruskan pentadbiran.

Pilihan raya umum Sweden dijadual diadakan pada 11 September tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini