Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan memfokuskan kepada pemulihan jumlah trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG) agar kembali dipenuhi penumpang menjelang hujung tahun ini.

Dengan usaha menambahbaik infrastruktur dan kemudahan yang sedia ada, MAHB yakin ia mampu mengukuhkan reputasinya sebagai pengendali lapangan terbang global dan menyumbang kepada kemampanan kumpulan.

Pengarah Eksekutif ISG, Mohd Nazli Aziz memaklumkan, pelbagai inisiatif giat dijalankan bagi meningkatkan aliran trafik penumpang.

Ini termasuk memanfaatkan penggunaan teknologi dan membina dua landasan baharu yang dijangka siap pada separuh kedua tahun depan.

Setakat ini, 80 peratus daripada aliran trafik kumpulan disumbangkan oleh ISG.

Lapangan terbang domestik utama Turki itu turut menyumbang 25 peratus terhadap keuntungan kumpulan, berjumlah 264.8 juta Euro pada 2019.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini