Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerbitkan Sukuk Wakalah Senior bernilai RM800 juta di bawah Program Sukuk Wakalah RM5 bilion.


Terbitan sukuk itu mewakili penerokaan semula dalam pasaran modal hutang, sejak terbitan terakhirnya pada 2020.

Pengendali lapangan terbang itu memaklumkan, penawaran Sukuk Wakalah Senior, terbahagi kepada tiga peringkat.

Iaitu RM475 juta bagi 5 tahun, RM225 juta bagi 7 tahun serta RM100 juta bagi 10 tahun.

Kadar agihan masing-masing pula, sebanyak 3.87 peratus, 4.14 peratus dan 4.25 peratus.

MAHB juga berjaya mengukuhkan harga akhir Sukuk Wakalah Senior secara ketara daripada panduan harga awal.

Justeru, Sukuk tersebut dinaikkan daripada saiz sasaran awal RM500 juta kepada RM800 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini