Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh perjalanannya ke Singapura bagi tujuan membantu UMNO pada PRU DUN Melaka nanti.

Mahkamah membenarkan permohonan itu diluluskan selepas mendapati ia adalah munasabah.

Datuk Seri Najib diarahkan mengetuai UMNO pada PRU DUN Melaka disebabkan ketiadaan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang berada di Jerman atas urusan rawatan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi turut membenarkan permohonan meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasport Datuk Seri Najib daripada 20 Oktober sehingga 22 November kepada 25 Oktober sehingga 6 Disember ini.

Ketika ini,Datuk Seri Najib sedang menunggu keputusan rayuannya selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah jenayah, penggubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana RM42 juta milik SRC International.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini