Tiga Mahkamah Tinggi berasingan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura bagi melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa yang dijangka bersalin awal November.

Tiga hakim iaitu Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequereh dan Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan itu selepas pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan  Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, Mohamad Mustafa P. Kunyalam dan Shafiq Hasim.

Pada 21 Oktober lalu, Ahli Parlimen Pekan itu memohon meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober sehingga 20 November kepada 25 Oktober sehingga 6 Disember.

Permohonan dibuat selepas Datuk Seri Najib ditugaskan membantu jentera parti UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka menggantikan Presiden Parti UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan berangkat ke Jerman untuk rawatan tulang belakang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini