Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan, 23 tahun selepas ditahan dalam kes dadah, 2 Oktober lalu.

Kebenaran diberikan kepada anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan itu dan dua lagi yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Aryan dipenjarakan di Penjara Arthur Road Mumbai sejak 8 Oktober dan telah dinafikan ikat jamin dua kali.

Peguam Aryan, Mukul Rohatgi berkata, tiada dadah ditemukan pada anak guamnya dan alasan penahanannya adalah lemah.

Isu dadah sejak kebelakangan ini mencetuskan kontroversi berikutan timbul dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu.

Seorang menteri sebelum ini menuduh agensi dadah Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang dikawal kerajaan itu, tidak mempunyai kes kukuh ke atas anak lelaki pelakon itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini