Mahkamah Tinggi Singapura membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman gantung terhadap seorang rakyat Malaysia,atas kesalahan mengedar dadah.

Keputusan itu dimuatnaik di Facebook M. Ravi, peguam kepada lelaki yang dihukum mati, iaitu Nagaenthran K Dharmalingam, 33 tahun.

Menurut Ravi, Mahkamah Tinggi Singapura memerintahkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. 

Prosiding bagi permohonan mencabar pelaksanaan penghakiman didengar secara dalam talian, dua hari sebelum tarikh pelaksanaan hukuman gantung pada Rabu ini.

Nagaenthran ditahan pada 2009 kerana membawa masuk 42.7 gram heroin ke Singapura.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini