Mahkamah Rayuan Singapura menangguhkan keputusan rayuan warga Malaysia, Nagaentran K. Dharmalingam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Ia berkaitan keputusan mahkamah itu pada November 2021 yang menolak permohonan Nagaetran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan mahkamah itu atas kesalahan pengedaran dadah.
Selain rayuannya, Nagaentran yang diwakili peguam Violet Netto juga memohon mahkamah menggunakan kuasa untuk memintanya dinilai oleh pakar psikiatri.
Dia dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72 gram heroin ke Singapura pada 2009.