Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari sebagai tarikh pengurusan kes saman fitnah difailkan Tan Sri Azam terhadap penyelidik sebuah pertubuhan.

Saman dikemuka berkaitan artikel mengenai pembelian saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Pengurusan kes ditetapkan berlangsung di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din secara dalam talian.

Saman difailkan semalam melalui Tetuan Zain Megat & Murad dengan menamakan penyelidik berkenaan sebagai defendan tunggal.

Tan Sri Azam mendakwa defendan telah mengarang dua artikel yang pertama kali diterbitkan portal agensi berita 26 Oktober lalu dan diterbitkan semula 15 Disember tahun lepas.

Defendan turut didakwa berkongsi pautan artikel menerusi laman Twitternya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini