Permohonan SPRM untuk melucut hak harta bernilai lebih 6 juta ringgit milik bekas EXCO Kerajaan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi, anak dan menantunya, dibenarkan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor. 

Ia melibatkan 19 kereta mewah, dua motosikal berkuasa tinggi, wang tunai, 16 jam tangan dan 15 beg tangan berjenama.  

Hakim, Datuk Abu Bakar Katar berkata, keputusan itu sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 27 Mei 2019, yang menolak permohonan pihak pendakwaan dan memerintahkan semua harta disita perlu dikembalikan kepada pemilik berdaftar. 

Mahkamah berpendapat, Hakim Mahkamah Sesyen dalam penghakimannya terkhilaf apabila gagal menimbangkan permohonan dibawah Seksyen 41 (1) Akta SPRM. 

Setelah meneliti rekod rayuan, perayu iaitu SPRM berjaya membuktikan semua harta itu diperolehi secara haram bagi kesalahan Seksyen 16(a) B dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM. 

Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkaitan semua harta yang terlibat. 

Peguam, Abd Rahim Ali memohon penangguhan pelucutan hak harta bagi membolehkan pihaknya memfailkan rayuan dalam tempoh terdekat. 

Hakim Datuk Abu Bakar kemudian, memerintahkan responden mengemukakan permohonan penangguhan pelucutan harta. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini