Pemain skuad kebangsaan Jordan, Mahmoud Al-Mardi diumumkan sebagai pemain import baharu pasukan Kedah Darul Aman, KDA FC.

Khidmatnya akan digunakan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim ini. Pemain di posisi tengah itu akan turun bersama pasukan pada saingan Piala AFC 2022 di Bali, Indonesia, bermula jumaat ini

KDA FC dalam kenyataan memaklumkan, pemain tengah yang membantu Jordan layak ke Piala Asia 2023 itu tiba di Malaysia semalam.

Mahmoud kemudian terus menyertai rakan sepasukan ke Bali Indonesia hari ini untuk saingan Piala AFC 2022. Sebelum ini, Mahmoud pernah beraksi bersama kelab Al-Muharraq yang menjuarai Piala AFC 2021 dan turut menjaringkan gol pembukaan perlawanan tersebut.

Beliau akan memakai jersi bernombor 10 bersama skuad Sang Kenari. Dalam pada itu, Kedah yang diundi dalam Kumpulan G, Piala AFC dijadual berdepan kelab dari Indonesia, Bali United pada Jumaat diikuti Kaya FC dan Visakha FC masing-masing pada 27 dan 30 Jun. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Kapten Iwayan Dipta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini