Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus komited membantu pihak kerajaan dalam menyalurkan sumbangan kepada 141 mangsa ribut yang berlaku di Negeri Perlis 3 hari lalu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah MAIPs telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis bagi mendapatkan data berkait mangsa untuk menyalurkan bantuan.

Baginda bertitah ketika meninjau dan menyampaikan sumbangan bantuan awal MAIPs kepada enam buah keluarga mangsa ribut sekitar Kampung Sungai Padang, Simpang Empat sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli.

Sehingga kini, MAIPs telah menyalurkan bantuan kepada 55 mangsa ribut bagi fasa pertama dan fasa kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini